Khamis, 24 November 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA!

Walaupun mungkin nampak terlewat untuk mengucapkan tahniah namun tetap juga mahu memahatkan ucapan tahniah di dalam blog ini... Rasa BANGGA ini hanya Tuhan yang tahu... Betapa pada malam perlawanan antara Malaysia vs Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA telah menyaksikan jutaan rakyat bersama-sama berdoa dan berharap pasukan negara akan menang...
KEMENANGAN bermakna MARUAH NEGARA telah mereka tebus... biarpun terpaksa menaruhkan nyawa mereka untuk bermain menentang Indonesia sehingga terpaksa pulang ke hotel menaiki Baraccuda, namun pasukan bawah 23 tahun ini tetap tidak gentar...


I SALUTE U ALL!! CONGRATS team bola sepak negara yang penuh semangat waja!!!....


inilah yang kita mahukan... membawa nama baik negara ke mata dunia bukan membawa diri ke negara orang dan memburuk-burukkan negara sendiri!!!


Rabu, 9 November 2011

DIMANA LETAKNYA RASIONALITI!!!

PROGRAM SEKSUALITI MERDEKA 2011

Adus...dus...dus...dus..dus lagi... Hairan! Pelik! Ajaib!!... Apalah yang nak diagungkan sangat golongan gay, lesbian, transeksual dan biseksual ini sehingga perlu dibuat satu perhimpunan khas untuk golongan ini...

Bayangkanlah perasaan ahli keluarga mereka yang akan datang dan join perhimpunan ini... Sedih...sedih...dan bertambah sedih lagi.. Pastinya mereka akan dicemuh, dihina dan dicerca oleh masyarakat sekeliling...

Agak-agak penganjur tu pikiaq ke dak hal ini... ke main sedap hati dia dia nak cari publisiti tanpa memikirkan perasaan dan sensitiviti masyarakat negara ini...

TIDAK ADA SATU PUN AGAMA yang merelakan perlakuan sebegini!!! TIDAK ADA SEORANG MANUSIA YANG NORMAL yang merelakan perlakuan sebegini!! TIDAK ADA!! ACI BET!!...hihihihi...

Sebagai bukti, 154 laporan telah diterima oleh pihak polis (09.11.2011) untuk menghalang program ini dari diteruskan kerana kesan jangka panjangnya amat berbahaya kepada setiap individu yang terlibat dan lebih merbahaya kepada keamanan negara ini... JANGAN DIBIARKAN!!!

Ahad, 18 September 2011

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

Utusan Malaysia Online - Berita Utama

KENYATAAN WAKIL RAKYAT DAP, M.MANOHARAN, KALAU DAP MENANG MAKA BENDERA AKAN DIUBAH... JALUR GEMILANG AKAN DIUBAH... APA LER LAGI YANG RASA-RASA DEPA NAK UBAH?? JANGAN DIJUAL BANGSA DAN NEGARA INI SUDAH LER... KALAU BETUL??? SAPA NAK JAWAB TU!!! CER CITER SIKIT!!!....

Selasa, 23 Mac 2010

ADUN BN Titi Tinggi letak jawatan

23/03/2010 2:44pm

KANGAR 23 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Titi Tinggi, Yip Sun Onn meletakkan jawatannya semalam.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd. Isa Sabu dilapor akan memujuk ADUN itu untuk menarik balik perletakan jawatan tersebut. - Utusan

Ahad, 21 Mac 2010

8P TIPS KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA

8P tip kebahagian rumahtangga

1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah ‘perhatian’ yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili ‘persefahaman’ kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah ‘percutian’ di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga,” katanya.

Selasa, 9 Februari 2010

DATUK SERI ZAMBRY SAH MB PERAK...TAHNIAH!!

PARA penyokong Barisan Nasional yang sebahagiannya rakyat Perak menadah tangan tanda kesyukuran atas keputusan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, semalam, mengesahkan kedudukan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak. – Utusan




Ucapan Tahniah dari Perdana Menteri kepada Dr Zambry...Tugas harus diteruskan, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.